wanendi Kisah Rasulullah dan Seorang Badwi – 2008/07/24 08:19
Assalamualaikum Wr Wb
Salam hormat beribu kasih kepada Tuan Guru Hb Munzir ..
Semoga Allah Melimpahkan rahmat dan keselamatan yang sempurna atas
Baginda Nabi Rasulullah SAW.(..Amin ) Dengan kemuliaan Baginda
Nabi Rasulullah SAW terlepaslah berbagai keruwetan dan kesusahan
Umat….Dengan kemuliaan Beliau semoga kita semua mendapatkan
husnul Khotimah dalam segala hal dan diturunkannya hujan (rahmat)
atas berbagai awan (kejelekan, kesempitan dan kesusahan) dengan
keberkahan Baginda yang mulia. Dan semoga dilimpahkan salam dan
kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya dalam setiap
kerdipan mata dan nafas dengan jumlah bilangan yang dimaklumi
Allah wahai tuhan pemiliki alam semesta…
Amin… amin ya robba Jibril wa Mikail wa Isrofil Fa trossamawati
wal ard..( dikutip dari sholwat nariyah)
———————–
PADA suatu masa, ketika Nabi Muhammad SAW sedang tawaf di Kaabah,
baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf sambil
berzikir: Ya Karim! Ya Karim!
Rasulullah SAW meniru zikirnya Ya Karim! Ya Karim!
Orang itu berhenti di satu sudut Kaabah dan menyebutnya lagi Ya
Karim! Ya Karim! Rasulullah yang berada di belakangnya
menyebutnya lagi Ya Karim! Ya Karim!
Orang ituberasa dirinya di perolok-olokkan, lalu menoleh ke
belakang dan di lihatnya seorang lelaki yang sangat tampan dan
gagah yang belum pernah di lihatnya.
Orang itu berkata, Wahai orang tampan, apakah engkau sengaja
mengejek-ngejekku, kerana aku ini orang badwi? Kalaulah bukan
kerana ketampanan dan kegagahanmu akan ku laporkan kepada
kekasihku, Muhammad Rasulullah.
Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu
berkata: Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?
Belum, jawab orang itu.
Jadi bagaimana kamu beriman kepadanya? tanya Rasulullah SAW.
Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum
pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya walaupun saya
belum pernah bertemu dengannya, jawab orang Arab badwi itu.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: Wahai orang Arab,
ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di
akhirat.
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya
kepada dirinya lalu berkata, Tuan ini Nabi Muhammad? Ya, jawab
Nabi SAW.
Dengan segera orang itu tunduk dan mencium kedua-dua kaki
Rasulullah SAW.Melihat hal itu Rasulullah SAW menarik tubuh orang
Arab badwi itu seraya berkata, Wahai orang Arab, janganlah
berbuat seperti itu. Perbuatan seperti itu biasanya dilakukan oleh
seorang hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, Allah mengutus
aku bukan untuk menjadi seorang yang takbur, yang minta dihormati
atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang
yang beriman dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya.
Ketika itulah turun Malaikat Jibril untuk membawa berita dari
langit, dia berkata, Ya Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan
salam kepadamu dan berfirman: Katakan kepada orang Arab itu, agar
tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah
akan menghisabnya di Hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua
amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar.
Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Orang Arab
itu pula berkata, Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika
Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun
akan membuat perhitungan denganNya.
Orang Arab badwi berkata lagi, Jika Tuhan akan memperhitungkan
dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran
magfirahNya. Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka
hamba akan memperhitungkan betapa luasnya pengampunanNya. Jika Dia
memperhitungkan kebakhilan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
pula betapa dermawanNya.
Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah SAW pun
menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi
itu sehingga air mata meleleh membasahi janggutnya.
Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata, Ya
Muhammad, Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu dan
berfirman: Berhentilah engkau daripada menangis, sesungguhnya
kerana tangisanmu , penjaga Arasy lupa bacaan tasbih dan
tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Sekarang katakan kepada temanmu
itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan
menghitung kemaksiatannya. Allah sudah mengampunkan semua
kesalahannya dan akan menjadi temanmu di surga nanti.
Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita itu
dan menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu
Wassalammualaikum warohmatullahi wabarokatuh
Muhammad efendi
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓
sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=16849