Forum Majelis Rasulullah
firdhaus I^tidal, solat taubat & bunuh semut… – 2009/06/23 20:22 Assalamu
alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam kerinduan untuk habib walaupun saya hanya pernah bertemu
habib sekali, tetapi terasa rindu untuk menatap dan mendengar
ceramah habib secara langsung di Malaysia. Semoga habib sentiasa
berada dalam keadaan sihat amin.
Habib yang saya rindui, terus sahaja dengan soalannya. Harap habib
perkenan untuk menjawabnya
1)Habib, apabila imam I tidal dengan membaca Sami allahu liman
hamidah , apakah makmumnya ketika I tidal membaca Sami allahu
liman hamidah atau membaca Rabbana walakalhamd ? Kerana seperti
di Masjidil Haram, makmumnya disambut dengan bacaan Rabbana
walakalhamd .
2)Guruku, jika saya sedang solat fardhu atau solat sunat dan di
sujud terakhirnya saya rasa bertaubat dan memohon keampunan dari
Allah, bolehkah itu dikira solat taubat? Sebagai contoh,
kadang-kadang ketika saya solat tahajjud, saya terasa penuh
penyesalan dengan begitu sayu sekali, tetapi bila saya dirikan
solat taubat sesudahnya, saya tak mampu nangis seperti solat
tahajjud tadi. Bagaimana keadaannya kalau begitu ya habib?
Bolehkah solat selain solat taubat itu dikira juga sebagai solat
taubat?
3)Bagaimana pula hukumnya jika kita sembur racun serangga pada
sekumpulan semut? Adakah ianya berdosa wahai guruku? Saya risau
ditimpa dosa kerna membunuh semut yang selalu penuh di atas meja
makan atau ditempat yang penuh dengan makanan.
Saya mohon maaf kerana mengambil masa habib untuk menjawab
soalan-soalan saya yang jahil ini. Semoga Allah memberi
ketenangan, kesihatan, kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan hidup
di dunia dan akhirat kepada habib dan ahli keluarga habib.
Wassalamu alaikum…
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓
munzir Re:I^tidal, solat taubat & bunuh semut… – 2009/06/24 05:13
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari
hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan,
salam rindu untuk anda, terimakasih atas doanya, semoga dalam
kasih sayang Allah swt selalu.
1. makmum dan imam membaca Sami^allahu liman hamidah, kemudian
membaca : Rabbana Lakalhamd.
2. hal itu bukan shalat taubat kecuali saat tahajjud atau shalat
lainnya itu dipadu niatnya dg shalat taubat.
namun taubat pada Allah tidak harus dengan shalat taubat, tangis
dan airmata bertobat adalah hakikat taubat kita.
3. mengenai membunuh hewan yg mengganggu manusia diperbolehkan
Allah swt, namun jika tidak mengganggu maka makruh bahkan bisa
terkena dosa, maka selama semut semut itu mengganggu makanan kita,
atau mengganggu kita, maka boleh dibunuh, jika tidak maka baiknya
dibiarkan.
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
semoga sukses dg segala cita cita,
Wallahu a^lam
Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah
Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓
sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=22293