Surah Amalan dll –

0

annaj Surah Amalan dll – 2011/07/03 05:09 Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Semoga Yang Mulia Habib serta keluarga sentiasa dalam lindungan
dan rahmat Allah s.w.t dan diberikan kesihatan yang baik zahir &
batin dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendakwa.

1. Mohon kesudian Yang Mulia memberikan surah Al Quran sebagai
amalan mengikut waktu ( waktu Subuh, Asar, Maghrib dsb ).

2. Jika tidak keberatan, diharap ada maklumat tambahan ( contohnya
fadilat & masa yang afdal dibaca ) bagi doa / zikir / salawat /
surah yang dimasukkan dalam Arsip File . Ini adalah untuk
memudahkan para pembaca mengetahuinya dan seterusnya
mengamalkannya. Perlukah kami mendapatkan ijazah semula jika
hendak mengamalkannya walaupun telah menerima ijazah lengkap (
melalui forum ini ) daripada Yang Mulia Habib ?

3. Mohon pengesahan jika kita menambah atau mengurangkan bilangan
pengiraan sesuatu zikir yang dibaca kerana kesuntukan waktu atau
kelebihan waktu. Contohyan zikir yang seharusnya dibaca sebanyak
100x, tetapi ianya telah dikurangi ataupun dilebihi 100x ?

4. Jika kita terlewat bangun solat Subuh iaitu terbangun ketika
waktu syuruk. Perlukah kita terus mengqadhakan solat Subuh
tersebut ketika itu ataupun tunggu dulu sehingga masuk waktu
isyraq? Jika mengikut pengiraan jam, berapa lamakah jarak masa
diantara waktu subuh dan waktu solat isyraq ?

5. Mohon pengesahan apakah hukumnya jika kita melakukan solat
Zohor ketika azan Zohor masih dilaungkan ( berkumandang ) dan
melakukan solat Zuhur ketika azan Asar sedang dilaungkan ?

6. Apakah hukumnya jika semasa musafir, kita melengahkan waktu
solat dan melakukan solat jamak qasar ketika waktu asar (
sebenarnya boleh dilakukan ketika waktu zuhur ).

7. Mohon pengesahan Yang Mulia bolehkah dan bagaimana caranya jika
kita hendak padukan sunat witir ( 2 + 1 ) dengan qadha fardhu
maghrib ( 3 ), jika boleh, satu salam sajakah seperti solat
maghrib ?

8. Mohon pengesahan Yang Mulia, apakah sebenarnya ya….jika dalam
keadaan sedar dan jaga kita tercium bau wangi yang amat segar (
kita sedia maklum wangian tersebut bukannya dari bahan bahan yang
sediaada di persekitaran kita ) ?

Terima kasih dan Maaf Zahir Batin

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Surah Amalan dll – 2011/07/06 03:47 Alaikumsalam warahmatullah
wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari
hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
1. surat Yaasiin disunnahkan dibaca selepas subuh, karena diantara
faedahnya akan menyingkirkan semua yg tidak kita inginkan djhari
itu, mengabulkan hajat dll, lalu surat Tabarak, yg membacanya
dipagi hari jika ia wafat dihari itu ia aman dari siksa kubur

surat waqiah disunnahkan dibaca setelah asar, maka Allah
menjaminnya jauhnya dari kemiskinan, seorang sahabat ketika wafat
menghadiahkan semua hartanya, maka para temannya bertanya,
bagaimana keluargamu kelak hidup tanpa harta?, ia menjwab, sudah
kuwariskan pada mereka surat waqiah setiap harinya, dan Rasul saw
bersabbda yg membacanya setiap hari tak akan terkena kegakiran.

surat setelah magrib adalah bacaan Alqur^an yg mana saja, demikian
diajarkan guru guru kita, ia masa untuk mengaji alqur^an

surat tabarak setelah isya, maka jika ia wafat dimalam itu ia
tejaga dari siksa kubur, juga 3 ayat terakhir surat al baqarah,
Rasul saw bersabda yg membacanya dimalam hari maka ia telah
dicukupi dari segalanya, juga surat al a^la, Rasul saw
mengamalkannya setiap malam, juga surat al ikhkas 3x, alfalaq 3x
dan annas 3x dan surat ayat kursi sebelum tidur, jika ia wafat
malam itu ia terjaga dari neraka dan masuk sorga, dan ia dijaga
dari syetan dan musibah dimalam itu.

2. insya ALLAH dan jika anda sudah mendapatklan ijazah umum maka
tak perlu ijazah lagi.

3. bo;leh saudaraku

4. qadha shalat fardhu, seperti subuh, isya dll tak dilarang
sebelum wkt isyraq, kecuali rawatib dan sunnah lainnya, dan isytaq
dinegeri kita sekitar 1.45 menit setelaah adzan subuh
5. sah shalatnya, namun kalau shalat dhuhur saat adzah asar maka
dhuhurnya menjadi qadha, berdosa jika sengaja menunda, dan tidak
berdosa jika tidak teringat/lupa atau disibukkan hal ukhrawi
seperti menerima tamu dll hingga terlewat waktu.

6. boleh saudaraku

7. ikhtilaf ulama apakah witir boleh dipadu dg qadha shalat
fardhu, namun saya mengambil pendapat yg membolehkasn, maka
witirnya 3 rakaat namun pada rakaat kedua memakai tahiyat awal
seperti sahalt magrib

8. hal itu bisa ruh shalihin atau malaikat aau dari amal kita yg
luhur.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a^lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=26406