Forum Majelis Rasulullah
norhafiza Persoalan tentang penyusuan 2 tahun penuh – 2009/05/27 00:15
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semoga Habib sekeluarga dan seluruh para pencinta Rasulullah SAW
sentiasa dalam limpahan rahmat dan naungan kasih sayang ILLAHI
aamiiin ..
Habib yang sangat saya kasihi, di sini saya ada beberapa
kemusykilan tentang masalah penyusuan susu ibu selama 2 tahun
penuh dan sangat besarlah harapan saya agar Habib dapat memberikan
jawapan kepada beberapa persoalan saya ini:
1) Adakah maksud haulaini kaamilaini sepertimana yang disebut
dalam Al-Quran itu iaitu penyusuan sempurna 2 tahun bermaksud
menyusukan anak selama 2tahun penuh tanpa memberikan anak kita
langsung makan apa-apa makanan tambahan yang lain? Atau maksudnya
boleh juga diberikan makanan @ minuman tambahan lain (seperti air
masak contohnya) dengan syarat ianya tidak mengenyangkan bayi?
2) Ada teman saya beritahu, di Yaman, sudah menjadi kebiasaan
ibu-ibu di sana menyusukan anak mereka selama 2tahun penuh tanpa
memberikan apa-apa makanan tambahan yang lain kepada anak mereka.
Benarkah begitu ya Habib?
3) Adakah ayat haulaini kaamilaini itu juga membawa maksud
bahawa penyusuan selepas 2 tahun itu sudah tidak dinamakan
penyusuan (di dalam Islam) kerana yang dinyatakan sempurna adalah
2 tahun, jadi kalau selepas 2 tahun? Teman saya yang sama
memberitahu kalau ibu-ibu di Yaman, sebaik sahaja anak mereka
mencapai umur 2 tahun, mereka langsung akan terus memberhentikan
penyusuan susu ibu kepada anak mereka. Benarkah begitu ya Habib?
4) Adakah yang dimaksudkan 2 tahun penuh itu adalah bersamaan
dengan 24 bulan mengikut kiraan hijrah? Contoh, anak saya lahir 29
Syawal 1429H, maka adakah dia dikira cukup 2 tahun penuh pada 29
Syawal 1431H?
Untuk pengetahuan Habib, saya adalah ibu kepada seorg bayi lelaki
bernama Ahmad yang sekarang ini berusia 7 bulan. Suami saya
meminta agar saya menyusui anak kami ini dengan susu ibu sahaja
sehingga 2 tahun penuh sekiranya tidak ada apa-apa masalah yang
timbul.
Biarpun tidak begitu yakin dengan kemampuan untuk melakukannya
kerana pelbagai tanggapan dan sebab negatif dari orang-orang di
persekitaran, tetapi saya akan teruskan mencuba sehingga termampu
untuk memberikan juga susu ibu sahaja kepada anak saya ini
sehingga 2 tahun penuh. Moga jawapan dari Habib bisa memberikan
pencerahan buat saya.
Syukran di atas perhatian Habib. Terima kasih .
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓
munzir Re:Persoalan tentang penyusuan 2 tahun penuh – 2009/05/27 01:23
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari
hari anda dg kesejahteraan,
Saudariku yg kumuliakan,
1. yg dimaksud ayat itu adalah bayi itu sebaiknya disusui hingga
usianya 2 tahun, sebaiknya tidak diberi makanan lain selain air
susu ibunya atau yg menyusukannya, namun tidak ada larangan /
keharaman jika diberi makanan lain.
dan seorang bayi menjadi anak susu (anak suson dan muhrim) jika
menyusui 5X hingga kenyang dg seorang wanita, maka wanita itu
menjadi muhrimnya dan ibu susunya.
2. selama 4 tahun saya di Yaman namun saya tidak pernah mendengar
hal itu, mungkin di wilayah lainnya yg juga wilayah Yaman,
menyusukan bayi pada selain ibunya adalah hal yg dibolehkan dalam
syariah namun tidak menjadi kewajiban.
3. secara kesihatan bahwa bayi sebelum 2 tahun baiknya hanya
menyusu pada ibunya atau wanita, tidak makan makanan lain kecuali
sesekali saja.
dan dalam ayat tersebut yg dimaksud adalah jika sudah diatas dua
tahun maka status anak itu tidak menjadi anak suson (muhrim) dan
wanita yg menyusuinya pun tidak menjadi ibu susu/ibu suson
(muhrim) walau menyusuinya bertahun tahun.
4. betul, yg dimaksud adalah 2 tahun perhitungan hijriyah.
sungguh jika mampu maka susu ibu sangat jauh lebih baik dari susu
wanita lainnya untuk anak kita, namun jika tidak mampu atau ada
halangan lainnya maka syariah membolehkan disusui oleh wanita
lainnya.
semoga saudariku selalu dilimpahi kemuliaan oleh Allah swt
Demikian saudariku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
Wallahu a^lam
Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah
Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓
sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=21882