Mohon Penejelasan – 2008/08/17

0

Mukhsin Mohon Penejelasan – 2008/08/17 00:46 Assalamu^alaikum,,ya
habibana,,

Semoga habib dalam lindungan dan karunia Allah SWT atas keberkahan
bulan Haram ini,,Amin,,

Habib yang dimuliakan,,
saya ada sedikit pertanyaan yang berkaitan dengan Nabi Adam
Alaihissalam,,dimana saya mendapatkan kiriman e-mail dari malaysia
yang menceritakan status (maaf) kemusyrikan Nabi Adam,,
(naudzubillah), terus terang habib, saya tidak bisa menerima itu,
namun demi untuk menguatkan i^tiqad, saya mohon habib sudi memberi
pencerahan atas artikel tersebut,,

berikut artikelnya :
↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

Perkataan Sebenar Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab.

Ketika menghuraikan pengertian tauhid, Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab
rahimahullah memetik sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi:

فَلَمَّا آتَاهُمَا صَالِحاً جَعَلاَ لَهُ شُرَكَاء فِيمَا آتَاهُمَا فَتَعَالَى اللّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Maksudnya: Tatkala Allah memberi kepada keduanya seorang anak
yang sempurna, maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah terhadap
anak yang telah dianugerahkan-Nya kepada keduanya itu. Maka, Maha
Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan [1].

Kemudian beliau memetik pula sebuah athar[2] daripada Ibn Abbas
radhiallahu ^anh yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dalam
Mustadraknya, dengan matan yang berbunyi:

لما تغشاها آدم حملت، فأتاهما إبليس فقال: إني صاحبكما الذي أخرجتكما
من الجنة لتطيعُنني أو لأجعلن له قرني أيلٍ فيخرج من بطنك فيشقّه
ولأفعلنّ ولأفعلن، يخوّفهما، سمياه عبد الوارث، فأبـيا أن يطيعاه فخرج
ميتا، ثم حملت فأتاهما فذكر لهما فأدركهما حب الولد فسمياه عبد
الحارث، فذلك قوله: جعلا له شركاء فيما آتاهما.

Maksudnya: Tatkala Adam alahi salam mencampurinya, dia (Hawwa )
mengandung. Maka datanglah Iblis seraya berkata: Sesungguhnya
akulah sahabat kamu yang telah mengeluarkan kamu dari Syurga,
(sekarang) sama ada kamu taat kepadaku atau aku akan jadikannya
(anak dalam kandungan) mempunyai dua tanduk ail dan bila dia
keluar dia akan membelah perut kamu (dengannya), aku akan buat,
aku akan buat, dia terus menakut-nakutkan keduanya, namakan dia
Abd Al-Harith . Tetapi keduanya enggan mematuhinya, lalu keluarlah
(anak yang dikandung) dalam keadaan telah mati.

Kemudian dia (Hawwa ) mengandung (semula), dan Iblis datang lagi
seraya mengingatkan keduanya (apa yang telah dia beritahu), maka
timbullah rasa sayang terhadap anak itu, lalu mereka menamakannya
Abd Al-Harith. Itulah maksud firman-Nya (surah Al-A raf, 7: 190)
[3].

Athar Ibn Abbas ini menjadi tafsiran bagi ayat di atas, bahawa
yang dimaksudkan dengan ungkapan: keduanya menjadikan sekutu
bagi Allah itu ialah Nabi Adam dan Hawwa . Dengan perkataan
lain, athar Ibn Abbas itu menunjukkan bahawa Nabi Adam dan Hawwa
telah mempersekutukan Allah Subhanahu wa Ta ala dalam pemberian
nama anak mereka: Abd Al-Harith. Ini kerana Al-Harith bukanlah
salah satu daripada nama Allah[4], sedangkan penisbahan perkataan
Abd (hamba) tidak harus dilakukan kepada selain daripada Allah
Subhanahu wa Ta ala.

Athar ini juga terdapat dalam Tafsir At-Tabari dengan matan yang
agak berbeza tetapi maksudnya sama[5]. Matan yang semaksud dengan
athar ini juga diriwayatkan daripada Samurah Ibn Jundub
radhiallahu anh secara marfu [6], tetapi ia adalah riwayat yang
lemah sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Adi dalam Al-Kamil, Ibn
Al-Qaisarani dalam Zakhirah Al-Huffaz, Ibn Kathir dalam Al-Bidayah
Wa An-Nihayah serta Tafsirnya dan juga Al-Albani dalam Al-Iman Li
Abi Ubaid, Silsilah Ad-Da ifah, Da if Sunan At-Tarmizi dan Da if
Al-Jami As-Saghir[7].

Setelah memetik athar Ibn Abbas tersebut, Muhammad Ibn Abd
Al-Wahhab rahimahullah memetik pula kata-kata para ulama tafsir
dari kalangan para Tabi ien, seperti Qatadah, Mujahid dan Sa id
Ibn Jubair rahimahumullah yang menyokong maksud yang ditunjukkan
oleh athar tersebut[8]. Dalam konteks ini, Qatadah rahimahullah
(117H) berkata:

شركاء في طاعته ولم يكن في عبادته.
Maksudnya: Sekutu dalam mentaatinya (Iblis) dan bukan dalam
beribadat kepadanya [9].

Kata-kata Qatadah ini bermaksud bahawa Nabi Adam dan Hawwa
dilihat melakukan suatu bentuk kesyirikan kerana mentaati Iblis
dalam pemberian nama anak mereka sebagai Abd Al-Harith. Setelah
memetik kata-kata para Tabi ien ini, Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab
membuat lima kesimpulan, antaranya ialah:

…الثالثة: أن هذا الشرك في مجرد التسمية لم تقصد حقيقتها.

Maksudnya: (Kesimpulan) yang ketiga: Bahawa sesungguhnya syirik
ini hanya semata-mata dalam (konteks) pemberian nama dan bukan
bermaksud hakikatnya [10].

Dalam kata-kata ini, Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab cuba menjelaskan
bahawa jenis kesyirikan yang dinisbahkan kepada Nabi Adam dan
Hawwa bukanlah jenis kesyirikan sebenar yang melibatkan soal-soal
ibadat, tetapi ia hanyalah kesyirikan dalam bentuk ketaatan kepada
Iblis dalam pemberian nama sahaja. Ini bermakna, Muhammad Ibn Abd
Al-Wahhab sebenarnya cuba mengelakkan kekeliruan yang mungkin
berlaku bagi sesiapa yang mentafsirkan maksud ayat tersebut
berdasarkan athar Ibn Abbas dan kata-kata para Tabi ien itu.

Maka dalam konteks ini, apa yang dilakukan oleh beliau sebenarnya
adalah suatu pembelaan terhadap Nabi Adam alahi salam dan
bukannya suatu kecaman. Jika penjelasan yang dibuat oleh Muhammad
Ibn Abd Al-Wahhab itu dilihat sebagai salah, maka kesalahan itu
seharusnya diletakkan pada athar Ibn Abbas dan tafsiran para Tabi
ien. Justeru tindakan meletakkan kesalahan kepada Muhammad Ibn
Abd Al-Wahhab semata-mata, sedangkan beliau (Muhammad Ibn Abd
Al-Wahhab) hanya menjelaskan apa yang telah disebut dalam athar
para Sahabat dan Tabi ien, dilihat sebagai suatu penganiayaan ke
atas tokoh berkenaan.

Kedua: Tafsiran Lain Terhadap Ayat 190 Surah Al-A raf.

Ulama tafsir berbeza pendapat dalam menentukan apakah maksud
firman Allah Subhanahu wa Ta ala: maka keduanya menjadikan
sekutu bagi Allah , sama ada ditujukan kepada Nabi Adam alahi
salam dan Hawwa atau kepada pasangan yang lain. Ramai dari
kalangan ulama salaf termasuklah Ibn Abbas, Mujahid, Ikrimah, Sa
id Ibn Jubair, Qatadah, Sa id Ibn Al-Musayyab dan As-Suddiyy
rahimahumullah berpendapat bahawa ia bermaksud Nabi Adam dan Hawwa
. Pendapat ini didasarkan kepada athar Ibn Abbas radhiallahu
anh dan hadith Samurah Ibn Jundub radhiallahu anh seperti yang
dinyatakan di atas.

Manakala sebahagian daripada ulama salaf yang lain seperti
Al-Hasan Al-Basri rahimahullah memahaminya dengan maksud golongan
musyrikin dari kalangan zuriat Nabi Adam[11]. Dengan perkataan
lain, yang melakukan kesyirikan dalam pemberian nama itu ialah
pasangan golongan musyrikin dari kalangan zuriat Nabi Adam.
Sebahagian ulama tafsir cenderung ke arah mentarjihkan pendapat
yang kedua ini. Dalam hal ini Al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah
(774H) berkata:

…وأما نحن فعلى مذهب الحسن البصري رحمه الله في هذا وأنه ليس
المراد من هذا السياق آدم وحواء وإنما المراد من ذلك المشركون من
ذريته…

Maksudnya: Dan adapun kami, maka dalam hal ini (kami) mengikut
mazhab Hasan Basri rahimahullah, bahawa sesungguhnya struktur ayat
ini bukan bermaksud Nabi Adam dan Hawwa , tetapi ia bermaksud
golongan musyrikin dari kalangan zuriatnya (Adam) [12].

Dalam hujahnya, Al-Hafiz Ibn Kathir mengemukakan tiga alasan yang
menunjukkan kelemahan hadith riwayat Samurah Ibn Jundub
radhiallahu anhum, iaitu:

Pertama: Kelemahan perawi bernama Umar Ibn Ibrahim Al-Basri.
Kedua: Percanggahan riwayat daripada Samurah Ibn Jundub
radhiallahu anhum itu sendiri, sama ada marfu atau mauquf[13],
sedangkan yang mauquf itu lebih sahih.
Ketiga: Mengikut riwayat Ibn Mardawaih, hadith tersebut
diriwayatkan melalui Hasan Basri daripada Samurah radhiallahu
anh, sedangkan telah terbukti melalui riwayat sahih bahawa
tafsiran Hasan Basri berbeza dengan maksud hadith riwayat Samurah
itu, dan jika benar hadith riwayat Samurah itu sahih, nescaya
Hasan Basri akan mentafsirkan ayat itu mengikut maksud hadith
tersebut[14].
Manakala athar Ibn Abbas pula, Al-Hafiz Ibn Kathir menolaknya
dengan alasan ia daripada jenis Israiliyyat[15], kerana athar itu
diperolehi oleh Ibn Abbas daripada Ubai Ibn Ka b yang terkenal
dengan periwayatan perkara seumpama daripada Ahli Kitab[16]. Dalam
konteks ini, Ibn Kathir berkata:

وهذه الآثار يظهر عليها والله أعلم أنها من آثار أهل الكتاب…فمنها
ما علمنا صحته بما دل عليه الدليل من كتاب الله أو سنة رسوله ومنها
ما علمنا كذبه بما دل على خلافه من الكتاب والسنة أيضا ومنها ما هو
مسكوت عنه فهو المأذون في روايته…وهذا الأثر هو القسم الثاني أو
الثالث فيه نظر، فأما من حدث به من صحابي أو تابعي فإنه يراه من
القسم الثالث .

Maksudnya: Dan ternyata ke atas athar-athar ini wallahua lam
bahawa ia daripada athar-athar Ahli Kitab Maka sebahagian
daripadanya kita tahu kesahihannya melalui petunjuk daripada Kitab
Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya, dan sebahagian yang lain
pula kita tahu kepalsuannya kerana percanggahannya dengan petunjuk
daripada Al-Kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah, manakala sebahagian
yang lain didiamkan mengenainya dan ia (dari jenis) yang diizinkan
periwayatannya.

Dan athar ini (athar Ibn Abbas) ialah (dari jenis) pembahagian
yang kedua atau ketiga, ada pandangan mengenainya. Adapun orang
yang meriwayatkannya dari kalangan Sahabat (seperti Ibn Abbas)
dan Tabi ien (seperti Qatadah), maka ia adalah kerana dia
melihatnya dari jenis yang ketiga [17].

Ketiga: Apakah Maksud Ijma Ulama?

Ijma ulama terhadap kemaksuman para Anbiya bukan berlaku dalam
konteks kemaksuman mutlak tanpa mengira kesalahan kecil atau
besar, sengaja atau tidak, tetapi ia hanya berlaku dalam konteks
melakukan dosa besar dengan sengaja sahaja. Para ulama salaf,
jumhur ulama fekah, ulama hadith dan ulama tafsir menetapkan
bahawa para anbiya tidak maksum daripada melakukan dosa kecil
secara tidak sengaja, tetapi puak Syiah, Mu tazilah dan segelintir
ulama hadith melihat kemaksuman itu secara mutlak[18]. Kewujudan
athar Ibn Abbas dan tafsiran para Tabi ien seperti Qatadah,
Mujahid dan Ibn Jubair terhadap maksud ayat 190 surah Al-A raf itu
sudah cukup untuk membuktikan bahawa ijma ulama tidak berlaku
dalam konteks kemaksuman mutlak.
Berdasarkan hakikat ini, jika ada ulama yang terkeliru dengan
kesahihan athar Ibn Abbas itu, lalu dia menisbahkan kesilapan
pemberian nama anak itu kepada Nabi Adam alaihi salam berdasarkan
athar tersebut, maka penisbahan seumpama itu bukan bermakna
menolak ijma para ulama terhadap kemaksuman para Anbiya , kerana
ijma ulama tidak pernah berlaku dalam konteks kesilapan yang
sedemikian rupa. Justeru dakwaan Al-Ghari kononnya Muhammad Ibn
Abd Al-Wahhab menolak ijma ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali
lagi membuktikan kegelojohan beliau dalam persoalan ilmiah.
Seterusnya Al-Ghari berkata (Memahami Ancaman Terhadap Ahli Sunnah
Wal Jamaah, Hal: 6): Ulama bersepakat mana-mana individu yang
menyalahi ijmak dianggap kafir . Kata-kata ini diungkapkan sebaik
sahaja selepas beliau menuduh Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab menolak
ijma dengan tujuan untuk mengaitkan hukum kafir itu dengan sheikh
berkenaan. Akan tetapi perbincangan di atas membuktikan bahawa isu
penolakan ijma yang dikaitkan dengan Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab
rahimahullah sebenarnya tidak berlaku dan hukum kafir itu
sebenarnya tidak timbul.
Di sini sayugia diingatkan bahawa Al-Ghari sendiri pernah menolak
ijma ulama dalam persoalan Adalah As-Sahabah (keadilan para
Sahabat), ketika beliau mengaitkan sebahagian Sahabat radhiallahu
anhum dengan gejala murtad (rujuk semula bahagian Pendahuluan
buku ini). Justeru jika benar bahawa hukum menolak ijma boleh
dianggap kafir, maka para pembaca yang bijaksana boleh membuat
penilaian siapakah sebenarnya yang benar-benar menolak ijma dan
berhak untuk dikenakan hukum tersebut.

Keempat: Kenapa Digunakan Perkataan Syirik Kepada Nabi Adam?

Mungkin ada yang mempersoalkan kenapakah dinisbahkan perkataan
syirik kepada Nabi Adam alahi salam, bukankah lebih baik kalau
disebut kesilapan atau kesalahan sahaja? Maka jawapannya ialah
kerana perkataan itu memang disebut oleh Al-Quran, sebagaimana ia
juga dinyatakan begitu oleh sebahagian ulama salaf dalam tafsiran
mereka seperti yang dipaparkan di atas. Dari sudut yang lain,
kesilapan yang dinisbahkan kepada Nabi Adam dalam pemberian nama
itu sama seperti kesilapan yang pernah dilakukannya semasa berada
di Syurga. Persamaan dilihat dari segi kedua-duanya disebabkan
mentaati godaan Iblis. Justeru jika kesilapan yang pernah lakukan
oleh Nabi Adam semasa berada di Syurga itu boleh difahami tanpa
menjejaskan status kemaksumannya, maka kenapakah kesilapan dalam
pemberian nama itu tidak boleh difahami dalam konteks yang sama?

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

demikian habib, dan bagi saya pribadi ini adalah satu kejahilan
yang sudah melewati batas,,,mohon pencerahannya,,

Jazakallah,,

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Mohon Penejelasan – 2008/08/18 22:23 Alaikumsalam warahmatullah
wabarakatuh,

kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari
hari anda dg kesejahteraan,

Saudaraku yg kumuliakan,
perlu diketahui, bahwa wahabi di malaysia berbeda dengan wahabi
disini, wahabi disana senang mencari riwayat riwayat aneh yg
membingungkan orang, sampai orang bingung lalu mereka masukkan
faham faham kotor mereka untuk menyeret ummat pada kebatilan,

berikut penjelasan Shohibuttuhfah :

قَالَ صَاحِبُ فَتْحِ الْبَيَانِ : قَدْ اِسْتَشْكَلَ هَذِهِ الْآيَةَ جَمْعٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ ؛ لِأَنَّ
ظَاهِرَهَا صَرِيحٌ فِي وُقُوعِ الْإِشْرَاكِ مِنْ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، وَالْأَنْبِيَاءُ مَعْصُومُونَ
عَنْ الشِّرْكِ ، ثُمَّ اُضْطُرُّوا إِلَى التَّفَصِّي مِنْ هَذَا الْإِشْكَالِ . فَذَهَبَ كُلٌّ إِلَى مَذْهَبٍ
، وَاخْتَلَفَتْ أَقْوَالُهُمْ فِي تَأْوِيلِهَا اِخْتِلَافًا كَثِيرًا حَتَّى أَنْكَرَ هَذِهِ الْقِصَّةَ
جَمَاعَةٌ مِنْ الْمُفَسِّرِينَ مِنْهُمْ الرَّازِيُّ وَأَبُو السُّعُودِ وَغَيْرُهُمَا وَقَالَ الْحَسَنُ : هَذَا
فِي الْكُفَّارِ يَدْعُونَ اللَّهَ ، فَإِذَا آتَاهُمَا صَالِحًا هَوَّدُوا أَوْ نَصَّرُوا . وَقَالَ اِبْنُ
كَيْسَانَ : هُمْ الْكُفَّارُ سَمَّوْا أَوْلَادَهُمْ بِعَبْدِ الْعُزَّى وَعَبْدِ الشَّمْسِ وَعَبْدِ الدَّارِ
وَنَحْوَ ذَلِكَ .
الْحَسَنُ : كَانَ هَذَا فِي بَعْضِ أَهْلِ الْمِلَلِ وَلَيْسَ بِآدَمَ ، وَقِيلَ هَذَا خِطَابٌ لِقُرَيْشٍ
الَّذِينَ كَانُوا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُمْ آلُ قُصَيٍّ ،
وَحَسَّنَهُ الزَّمَخْشَرِيُّ وَقَالَ : هَذَا تَفْسِيرٌ حَسَنٌ لَا إِشْكَالَ فِيهِ . وَقِيلَ مَعْنَاهَا عَلَى
حَذْفِ الْمُضَافِ ، أَيْ جَعْلُ أَوْلَادِهِمَا شُرَكَاءَ ، وَيَدُلُّ لَهُ ضَمِيرُ الْجَمْعِ فِي قَوْلِهِ
الْآتِي عَمَّا يُشْرِكُونَ وَإِيَّاهُ ذَكَرَ النَّسَفِيُّ وَالْقَفَّالُ وَارْتَضَاهُ الرَّازِيُّ وَقَالَ :
هَذَا جَوَابٌ فِي غَايَةِ الصِّحَّةِ وَالسَّدَادِ وَبِهِ قَالَ جَمَاعَةٌ مِنْ الْمُفَسِّرِينَ . وَقِيلَ
مَعْنَى مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ : مِنْ هَيْئَةٍ وَاحِدَةٍ وَشَكْلٍ وَاحِدٍ ، فَجَعَلَ مِنْهَا أَيْ مِنْ
جِنْسِهَا زَوْجَهَا ، فَلَمَّا تَغْشَاهَا يَعْنِي جِنْسَ الذَّكَرِ جِنْسَ الْأُنْثَى ، وَعَلَى هَذَا لَا
يَكُونُ لِآدَمَ وَلَا حَوَّاءَ ذِكْرٌ فِي الْآيَةِ ، وَتَكُونُ ضَمَائِرُ التَّثْنِيَةِ رَاجِعَةً إِلَى
الْجِنْسَيْنِ . وَهَذِهِ الْأَقْوَالُ كُلُّهَا مُتَقَارِبَةٌ فِي الْمَعْنَى مُتَخَالِفَةٌ فِي الْمَبْنَى ،
لَا يَخْلُو كُلُّ وَاحِدٍ مِنْهَا مِنْ بُعْدٍ وَضَعْفٍ وَتَكَلُّفٍ بِوُجُوهٍ : الْأَوَّلُ أَنَّ الْحَدِيثَ
الْمَرْفُوعَ الْمُتَقَدِّمَ ، يَعْنِي حَدِيثَ سَمُرَةَ الْمَذْكُورَ يَدْفَعُهُ وَلَيْسَ فِي وَاحِدٍ مِنْ تِلْكَ
الْأَقْوَالِ قَوْلٌ مَرْفُوعٌ حَتَّى ، يُعْتَمَدَ عَلَيْهِ وَيُصَارَ إِلَيْهِ ، بَلْ هِيَ تَفَاسِيرُ
بِالْآرَاءِ الْمَنْهِيِّ عَنْهَا الْمُتَوَعَّدِ عَلَيْهَا . الثَّانِي أَنَّ فِيهِ اِنْخِرَامٌ لِنَظْمِ
الْقُرْآنِ سِيَاقًا وَسِيَاقًا ، الثَّالِثُ : الْحَدِيثُ صَرَّحَ بِأَنَّ صَاحِبَةَ الْقِصَّةِ هِيَ حَوَّاءُ
، وَقَوْلُهُ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا إِنَّمَا هُوَ لِحَوَّاءَ دُونَ غَيْرِهَا ، فَالْقِصَّةُ ثَابِتَةٌ لَا
وَجْهَ لِإِنْكَارِهَا بِالرَّأْيِ الْمَحْضِ .
: أَنَّ مَا وَقَعَ إِنَّمَا وَقَعَ مِنْ حَوَّاءَ لَا مِنْ آدَمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ ، وَلَمْ يُشْرِكْ آدَمُ
قَطُّ ، وَقَوْلُهُ جَعَلَا لَهُ شُرَكَاءَ : بِصِيغَةِ التَّثْنِيَةِ لَا يُنَافِي ذَلِكَ لِأَنَّهُ قَدْ يُسْنَدُ
فِعْلُ الْوَاحِدِ إِلَى الِاثْنَيْنِ بَلْ إِلَى جَمَاعَةٍ ، وَهُوَ شَائِعٌ فِي كَلَامِ الْعَرَبِ .
وَعَلَى هَذَا فَلَيْسَ فِي الْآيَةِ إِشْكَالٌ ، وَالذَّهَابُ إِلَى مَا ذَكَرْنَاهُ مُتَعَيِّنٌ تَبَعًا
لِلْكِتَابِ وَالْحَدِيثِ ، وَصَوْنًا لِجَانِبِ النُّبُوَّةِ عَنْ الشِّرْكِ بِاَللَّهِ تَعَالَى ، وَاَلَّذِي
ذَكَرُوهُ فِي تَأْوِيلِ هَذِهِ الْآيَةِ الْكَرِيمَةِ يَرُدُّهُ كُلَّهُ ظَاهِرُ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ .
اِنْتَهَى مُخْتَصَرًا .
(Tuhfatul ahwadzi bsiyarah sunan Tirmidziy)

ringkasnya saja saudaraku, dijelaskan diatas bahwa makna ayat itu
memang berbeda pendapat para muhadditsin, sebagian besar ulama
menafsirkan syuraka disana adalah teman baru atau anak yg menemani
mereka dan menyenangkan mereka, bukan menyekutukan Allah, tapi
teman menambah teman mereka berdua dg kehadiran anak itu,
penarfsiran lainnya bahwa ia adalah untuk Yahudi dan Nasrani, dan
banyak pendapat, namun ringkasnya adalah yg mesti dibenarkan
adalah penafsiran yg tidak memusyrikkan Nabi nabi Allah, karena
hal itu bertentangan dg Alqur^an dan sunnah, sehebat apapun
penafsiran maka ia tetap tak bisa dijadikan dalil selama
bertentangan dg Alqur^an dan sunnah.

maka semua penafsiran yg dibawakan Ibn Abdulwahab itu sirna dg
jawaban shohibuttuhfah diatas, bahwa semuanya tak bisa dijadikan
rujukan kecuali yg sesuai dg Alqur^an dan sunnah, bahwa para Nabi
ma^shum dari kemusyrikan

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a^lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=17463

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments