Solat Jama^ & Solat

0
25

Forum Majelis Rasulullah

firdhaus Solat Jama^ & Solat ketika azan… – 2008/12/25 19:25
Assalamu^alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Habib yang saya rindui apa khabar? Semoga Allah swt memberi
kesihatan dan barakah kepada habibana dan sekeluarga dalam
meneruskan kerja-kerja daie.. amin.

Saya memohon maaf kerana saya yang faqir ini sering kali
menanyakan soalan kepada habib. Harap habibana merestui saya dan
memberi bimbingan kepada saya dan jemaah yang lain dalam mencari
hidayah dan innayah Allah Subhanahu wata^ala…

1) Habibana, seandainya saya dalam musafir untuk balik ke rumah
saya sendiri. Saya dijangka sampai ke rumah saya dalam waktu Zuhur
sebelum masuk waktu Asar. Bolehkah saya sebelum masuk ke wilayah
saya, saya menjamak solat Zuhur dan Asar sekali padahal saya akan
sampai di rumah saya dalam waktu Zuhur? Atau saya tak boleh jamak
solat Asar kerana saya sudah sampai ke rumah sebelum waktu Asar?

2) Bolehkah saya terus solat fardhu walau azan belum habis
dikumandangkan kerana ingin mengejar waktu? Atau saya perlu tunggu
azan habis kemudian baru saya boleh solat?

Sekian saja dahulu soalan saya. Terima kasih kepada habib kerana
tidak jemu2 menjawab soalan2 kami yang dahagakan ilmu dan
mengharapkan hidayah Allah. Allah sahaja yang dapat membalas jasa
habibana.

Wassalamu^alaikum…

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Solat Jama^ & Solat ketika azan… – 2008/12/26 02:36
Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

Rahmat dan Kebahagiaan Nya semoga selalu menerangi hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
1. boleh, jika anda masih dalam safar dan diluar batas kota anda,
anda boleh mentaqdim diwaktu dhuhur walau anda sudah perkirakan
akan sampai dirumah sebelum adzan asar.

2. saat adzan berkumandang menandakan sudah masuknya waktu, dan
sudah boleh shalat fardhu tanpa harus menanti adzan selesai, namun
sebaiknya jika anda di masjid maka hadirlah jamaah di masjid
sebagaimana shalatnya setelah sempurna adzan dan iqamat

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a^lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=20246

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments