Siapakah Yang Disebut Ba’alawi?

0
94

Artikel

klulaku Siapakah Yang Disebut Ba^alawi? – 2006/12/19 00:27 Ba ^Alawi –
Siapakah Mereka ?

Ba ^Alawi ialah gelaran yang diberi kepada mereka yang
bersusur-galur daripada Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa
Al-Muhajir Ahmad bin Isa Al-Muhajir (01) telah meninggalkan Basrah
di Iraq bersama keluarga dan pengikut-pengikutnya pada tahun 317H/
929M untuk berhijrah ke Hadhramaut di Yaman Selatan. Cucu Ahmad
bin Isa yang bernama Alawi, merupakan orang pertama yang
dilahirkan di Hadralmaut. Oleh itu anak-cucu Alawi digelar Ba
^Alawi (02), yang bermakna Keturunan Alawi. Panggilan Ba ^Alawi
juga ialah bertujuan memisahkan kumpulan keluarga ini daripada
cabang-cabang keluarga yang lain yang berketurunan daripada Nabi
Muhammad s.a.w. Ba ^Alawi juga dikenali dengan kata-nama Saiyid
(Sadah bagi bilangan lebih daripada seorang). Keluarga yang
bermula di Hadhramaut ini, telah berkembang dan membiak, dan pada
hari ini ramai di antara mereka menetap disegenap pelusuk
Nusantara, India dan Afrika.

Ahmad bin Isa Al-Muhajir Ilallah

Dalam abad ke-10 Masehi, keadaan huru-hara mula menyelubungi dan
menggugat empayar Abbasiyah yang berpusat di Iraq itu. Kerajaan
tersebut kian bergolak menuju keambang keruntuhan. Kewibawaan
Abbasiyah semakin terancam dengan berlakunya pemberontakan demi
pemberontakan dan ini menjejaskan ketenteraman awam. Keadaan
sebegini telah membawa padah kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w
yang dikenali dengan gelaran Sadah itu. Pada umumnya ummt Islam
menghormati serta menaruh perasaan kasih sayang terhadap Sadah.
lni bukan semata-mata kerana mereka ini keturunan Nabi Muhammad
s.a.w, tetapi juga kerana mereka melambang pekerti yang luhur,
keilmuan yang tinggi dan wara^ . Kedudukan yang istimewa dimata
umat Islam ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan syak
wasangka terhadap Sadah dikalangan pemerintah. Mereka juga khuatir
kalau-kalau Sadah akan menggugat dan merebut kuasa daripada
kerajaan Abbasiyah.

Dengan tercetusnya pemeberontakan demi pemberontakan terhadap
pemerintah, kewibawaan Abbasiyah pun menjadi semakin tercabar dan
lemah. Keadaan ini juga turut mengancam kedudukan golongan Sadah,
kerana mereka sering dikaitkan dengan setiap kekacauan yang
tercetus. Dari masa ke masa golongan Sadah menjadi sasaran
pemerintah. Ramai diantara mereka yang ditangkap dan dibunuh
berdasarkan apa saja alasan .Namun majoriti Sadah bersikap sabar
dan menjauhkan diri dari kelompok yang menimbulkan kekacauan.
Daripada pengalaman yang lalu golongan tersebut yakin bahawa
penglibatan diri di dalam politik akan berakhir dengan kekecewaan.

Ahmad bin Isa al-Muhajir meninggalkan Kota Basrah bersama seramai
70 orang, yang terdiri dari ah1i-ah1i keluarga dan
pengikut-pengikut beliau. Pada mulanya kumpulan AlMuhajir ini
pergi ke Madinatul Munawwarah dan tinggal di sana selama setahun.
Pada tahun berikutnya setelah menunaikan fardhu Haji, Ahmad bin
Isa Al-Muhajir dan rombongan meninggalkan Kota Madinah menuju ke
Yaman. Mereka singgah di Al Jubail di Lembah Dau^an, kemudian di
Al-Hajrain, dan seterusnya menetap di suatu tempat ,yang bemama Al
Husaisah (03). Ahmad bin Isa Al Muhajir Ilallah wafat pada tahun
345.H/956 M.

Permulaan di Hadhralmaut

Ahmad bin Isa rnemilih Hadhramaut untuk berhijrah, rneskipun
Hadhramaut rnerupakan suatu kawasan tandus dan kering kontang di
Selatan Yaman. Kawasan tersebut pada zaman itu, dikatakan terputus
daripada dunia luar. Tentunya banyak persoalan yang timbul tentang
mengapa Ahmad bin Isa memilih kawasan sebegini untuk berhijrah.
Pada zahimya, pemilihan kawasan tersebut mungkin didorong oleh
hasrat beliau untuk hidup di dalam keadaan aman bersama keluarga
dan pengikutnya, atau keazaman beliau untuk membina sekelompok
masyarakat baru di suatu kawasan baru bersesesuaian dengan
kehendak syiar Islam yang didokongi oleh golongan Sadah selama
ini. Akan tetapi sebelum sampai ke Hadhramaut Ahmad bin Isa dan
rornbongan terlebih dahulu berada di Madinah, tempat yang tenang
dan aman lagi sesuai bagi tujuan beribadah dan membina ummah.
Namun daripada Madinah beliau dan rombongan bertolak ke
Al-Husaisah. Malah di Al-Husaisah Ahmad bin Isa telah pun membeli
kebun buah-buahan yang luas. Akan tetapi pada akhirnya beliau
memilih Hadhramaut sebagai tempat berhijrah. Sebagai seorang Imam
Mujtahid mungkin keputusan yang dibuat beliau itu didorong oleh
perkara yang diluar pengetahuan kita, Wallahualam.

Penghijrahan Ahmad bin Isa A1 Muhajir ke Hadhramaut bukanlah
bermakna berakhirnya ranjau dan rintangan. Di awa1 penghijrahan
beliau, Alhmad bin Isa Al-Muhajir, bersua dengan ancaman daripada
golongan Mazhab Ibhadiah (04) yang mernpengaruhi kawasan tersebut.
Namun setelah gagal untuk mencapai persefahaman dan perdamaian
dengan pihak Ibhadiah, Ahmad bin Isa A1-Muhajir terpaksa
mengangkat senjata menentang mereka. Berbanding dengan kaum
Ibhadiah, bilangan pengikut Ahmad bin Isa Al-Muhajir adalah kecil.
Akan tetapi semangat kental dan kecekalan, yang ditunjukkan oleh
Al-Muhajir dalam rnenentang kaum Ibhadiah ini telah menarik
perhatian dan simpati penduduk-penduduk Jubail dan Wadi Dau^an
yang bertindak rnenyokong Al-Muhajir. Dengan sokongan
penduduk-penduduk tersebut kaum Ibhadiah dapat di singkirkan dari
bumi Hadramaut.

Cara hidup yang dianjurkan oleh Ahmad bin Isa Al-Muhajir, iaitu
kehidupan harian yang berdasarkan A1 Qur^an dan Sunnah itu, senang
-diterima oleh masyarakat ternpatan. Lambat laun cara ini rnenjadi
norma hidup di dalam rnasyarakat tempatan. Malah beberapa tokoh
terkemuka di kalangan Ba^ Alawi yang menjalani hidup sepertimana
para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w, mempunyai pengaruh yang
positif ke atas masyarakat Hadhramaut. Tokoh-tokoh berkenaan lebih
dikenali dengan panggilan Salaf. (05)

Walaupun persekitaran baru mereka masih tidak sunyi dengan keadaan
huru-hara, masyarakat Ba^ Alawi masih boleh menjalankan kehidupan
yang aman tenteram. Sebenarnya ini adalah sesuatu yang merupakan
cara hidup yang lumrah bagi keturunan Rasulullah s.a.w daripada
Hassan dan Hussain. Mereka sentiasa dihormati dan disanjung tinggi
di seluruh pelusuk Dunia Islam, lebih-lebih lagi di Hadhramaut.
Kehormatan yang diterima ini serba sedikit berpunca daripada
amalan golongan Ba ^Alawi yang berjalan tanpa membawa sebarang
senjata, sepertimana yang dianjurkan oleh datuk mereka, Ahmad bin
Isa Al-Muhajir. Tambahan pula golongan ini dihormati dan disanjung
oleh kerana mereka merupakan golongan yang berilmu lagi wara^.

Apabila Ahmad bin Isa AI-Muhajir serta rombongan (seramai kurang
lebih 70 orang ahli keluarga dan pengikut) meninggalkan Basrah ,
mereka membawa bersama mereka harta kekayaan yang banyak. Dengan
harta ini mereka dapat memperolehi tanah yang luas yang digunakan
untuk pertanian. Dan sewajarnyalah yang menjadi kegiatan utama
golongan Ba ^Alawi di Hadhramaut ini ialah pertanian. Sementara
itu mereka juga bebas untuk beribadah dan membina masyarakat
berdasakan ajaran Al-Qur^an dan Sunnah.

Fasa Perkembangan Ba ^Alawi

Perasaan golongan Ba^ Alawi terhadap kampung halaman mereka di
Basrah masih kuat dan menebal, walaupun mereka telah memilih untuk
membina penghidupan baru di Hadramaut. Oleh itu tidak hairanlan
sekiranya didapati ramai dikalangan Ba ^Alawi yang selalu berulang
alik di antara Hadhramaut dan Basrah untuk menziarahi sanak
saudara yang masih berada di Basrah. Hubungan diantara Ba ^Alawi
dengan Basrah berterusan. Masa kini masih terdapat keturunan
saudara AlMuhajir, iaitu Muhammad bin Isa di sekitar Basrah.

Salah suatu ciri hidup golongan Ba ^ Alawi ialah mereka ingin
bebas bergerak dan tidak suka terkongkong di suatu daerah sahaja.
Tambahan pula, di tempat seperti Hadhramaut peluang untuk mencari
rezeki terlalu terhad. Ini menyebabkan individu mahupun kumpulan
Ba ^Alawi sanggup berpindah memulakan hidup ditempat-tempat yang
lain seperti Yaman, Syam (Syria), dan Iraq. Tambahan pula
Hadhralmaut merupakan tempat yang tidak mempunyai pemerintahan
yang stabil, dan oleh itu tidak sunyi daripada tercetusnya
perbalahan dan pergaduhan di antara kabilah-kabilah yang menjadi
penghuni tetap di kawasan tersebut.

Sejarah perkembangan Ba ^Alawi, mengikut pandangan Sayid Ahmad bin
Muhammad Assyathiri (06) boleh dibahagikan kepada empat fasa,
setiap fasa mempunyai cirinya yang tersendiri. Perkembangan ini
adalah bergolak di sekitar beberapa tokoh Ba ^Alawi, serta juga
pengalaman jatuh bangunnya mereka dalam menempuhi kehidupan yang
sering berubah itu. Namun begitu, golongan Ba ^Alawi masih
berpegang teguh kepada keperibadian mereka, dan perkara yang
mempegaruhi kecekalan golongan ini ialah istiqamah kepada ajaran
AlQur^an dan Sunnah. Fasa perkembangan Ba ^Alawi boleh dihuraikan
seperti berikut:

Fasa Pertama

Fasa ini bermula dengan zaman Ahmad bin Isa Al-Muhajir dan
berakhir dengan Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali, (07) iaitu
jangka masa di antara abad ke-3 hingga abad ke-7 Hijrah. Pada
zaman tersebut pemimpin dan tokoh-tokoh Ba ^Alawi dikenali dengan
gelaran Imam. Tokoh-tokoh pada masa itu digelar dengan panggilan
Imam Mujtahid, iaitu mereka yang tidak terikat dengan mana-mana
mazhab. Tokoh-tokoh terkemuka pada masa itu ialah keturunan
daripada Ubaidullah bin Ahmad bin Isa AlMuhajir, melalui 3 orang
putera beliau, iaitu Bashri, Jadid dan Alawi. Namun begitu,
keturunan Bashri dan Jadid tidak berhayat panjang. Mereka hanya
dapat mempelopori dan mengembangkan penyebaran ilmu hinggalah ke
tahun 620an H/1223M. Keturunan Bashri dan Jadid yang terkemuka
ialah Imam Salim bin Bashri (wafat pada 604H/1208M) dan Imam Abu
Hassan Ali bin Muhammad bin Jadid (wafat pada 620H/1223M). Tradisi
pengajian Ilmu, bagaimanapun di teruskan oleh keturunan Alawi, dan
yang lebih terkenal di antara mereka ialah Imam Muhammad bin Ali
bin Alawi. Beliau lebih dikenali dengan gelaran Sahib Marbat
(wafat pada 556H/1161M). Tradisi keilmuan, (08) ini juga
diteruskan oleh dua orang putera Sahib Marbat, iaitu Imam Alwi dan
Imam A1i, dan oleh putera Imam Ali, iaitu Al-Faqih Muqaddam
Muhammad bin Ali, serta tokoh-tokoh yang datang kemudian daripada
mereka.

Fasa Ke-Dua

Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-dua ialah di antara abad ke-7
hingga abad ke-11 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba
^Alawi yang terkemuka disebut dengan nama As-Syaikh. Zaman ini
bertepatan dengan era Al-Faqih Muqaddam Muhammad hingga ke zaman
sebelum Habib Al-Qutub Abdullah bin A1awi Al-Haddad. Di antara
ulama-ulama yang terkemuka di zaman ini ialah Al-Faqih Muqaddam
Muhammad bin Ali (wafat pada 653H/1255M), As-Saqqaf (09) (wafat
819H/1416M), Al-Mahdar (10) (wafat 833H/1429M), Al-^Aidarus (11)
(wafat 865H/1460M), dan Zain Al-Abidin Al-^Aidarus (12) (l041H/
1631M). Pada ketika tersebut bilangan Ba ^Alawi sudah menjadi
bertambah ramai dan mereka mulai dikenali dengan nama kabilah
masing-masing seperti As-Saqqaf, Al-Mahdar, Al-^Aidarus,
Al-Habisyi, Al-Junid, Jamalullail dan banyak lagi.

Fasa Ke-Tiga

Zaman yang dikenali sebagai fasa ke-tiga ialah di antara abad
ke-11 dan abad ke-14 Hijrah. Pada zaman tersebut tokoh-tokoh Ba
^Alawi dikenali dengan panggjlan Al-Habib. Ulama-ulama yang
terkemuka pada zaman ini ialah Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad
(wafatI132H/1717M), Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi, Habib Hassan
bin Salleh Al-Bahr, dan Habib Abdurrrahman Bilfagih (wafat 1163H/
1749M) dan beberapa orang tokoh yang lain. Pada masa ini juga
keturunan keluarga Ba ^Alawi terus membiak. Keadaan ini membawa
kepada migrasi (perpindahan keluar) yang begitu pesat. Pada abad
ke-11 dan ke-12 berlaku penghijrahan ke India (13), Timur Jauh
(Far East), Afrika Timur dan Hijjaz, sementara di abad ke-13
berlaku pula penghijrahan ke Asia Tenggara (terutama ke Indonesia
dan Malaysia). Kaum Ba^ Alawi mewarisi semangat suka merantau.
Mereka juga tidak gemar diri mereka terkongkong di suatu kawasan.
Namun begitu Ba ^Alawi juga merupakan golongan yang senang
menyesuaikan diri dengan penduduk tempatan dimana sahaja mereka
merantau. Akan tetapi, seberapa jauhnya mereka daripada
Hadhramaut, hubungan erat dengan kampung halaman induk masih
dikekalkan. Mereka yang menjalinkan perhubungan melalui
perkahwinan dengan penduduk tempatan dan masih menghantarkan
anak-anak mereka ke Hadhramaut, terutama ke Tarim, untuk menuntut
ilmu secara tradisi yang diasaskan oleh pelopor-pelopor Ba ^Alawi.

Perubahan Yang Ketara

Pada penghujung fasa ke-tiga didalam Sejarah Ba ^Alawi, perubahan
ke arah kemunduran dikalangan Ba ^Alawi di seberang laut dapat
dikesan. Walaupun tradisi pulang ke Hadhramaut untuk menziarahi
keluarga masih diamalkan, ramai pula di antara mereka yang telah
bermastautin di India dan Asia Tenggara, mula menampakkan proses
asimilasi dengan masyarakat tempatan, iaitu menerima dan menyerap
budaya dan tradisi persekitaran. Sementara golongan Ba ^Alawi pada
mulanya menjauhkan diri daripada kegiatan politik melainkan
perkara-perkara yang menyentuh kebajikan dan ketenteraman umum,
mereka yang terkemudian mula mencebur diri dengan politik. Ada di
antara golongan Ba ^Alawi yang mempunyai hubungan rapat dengan
raja-raja dan penguasa tempatan, dan telah menggunakan pengaruh
mereka. Pernah diceritakan bahawa tokoh- tokoh Al-Mahdar,
Al-^Aidarus, Jamalullail dan A1Haddad, mempunyai hubungan yang
intim dengan pihak istana, sehinggakan raja-raja. sentiasa merujuk
kepada mereka untuk mendapat nasihat (14). Budi pekerti yang
luhur, disiplin diri dan didikan yang menjadi tradisi dikalangan
Ba ^Alawi adalah faktor utama meyebabkan mereka dihormati dan
disanjungi, sementara ciri peribadi istimewa sebilangan mereka
membolehkan mereka diterima sebagai pemimpin masyarakat tempatan.
Ada pula dikalangan mereka yang berkahwin dengan ahli keluarga
diraja, dan pada akhimya mereka diangkat menjadi raja, contohnya,
Syahab di Siak dan Jamalulail di Perlis. Beberapa kesultanan juga
diasaskan oleh tokoh- tokoh Ba ^Alawi. Sebagai contoh, Al-^Aidarus
menubuhkan kerajaan di Surat (India), dan di Kubu (Kalimantan),
Al-Qadri dan Bin Syaikh Abu Bakar di Kepulauan Comoros, A1Qadri di
Pontianak (Kalimantan) dan Balfagih di Filipina.

Fasa Ke-Empat

Zaman yang dikenali dengan Fasa ke-empat ini ialah di antara abad
ke-14 Hijrah hinggalah dewasa ini. Perubahan yang bermula
dipenghujung Fasa ketiga menjadi semakin ketara di zaman ini.
Dalam beberapa aspek hidup, golongan Ba ^Alawi telah menempuh
keruntuhan dari segi pegangan moral dan etika yang diasaskan oleh
pelopor-pelopor di Hadhramaut dahulu. Zaman ini bertepatan dengan
kemunduran Dunia Islam keseluruhannya, akibat dilanda budaya
Barat. Golongan muda Ba ^Alawi, terutama mereka yang bennastautin
di tanah jajahan Inggeris dan Belanda mula meninggalkan pendidikan
tradisional berasaskan Al-Qur^an dan Sunnah, dan memilih
pendidikan Barat. Walaupun masih terdapat tokoh-tokoh Ulama Ba
^Alawi dikalangan mereka, namun bilangan mereka adalah terlalu
sedikit berbanding dengan masyarakat Ba ^Alawi amnya. Keadaan
sedemikian telah menghakiskan status Ba^ Alawi keseluruhannya.

Ba ^Alawi Masa Kini

Keturunan Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa Al-Muhajir pada
masa kini membiak dengan banyaknya. Mereka bemastautin di
sebahagian besar pelusuk dunia. Mereka ialah keturunan
kelompok-kelompok Ba ^Alawi yang keluar dari Hadhramaut. Mereka
dikenali dengan berbagai gelaran seperti Syed atau Saiyid, seperti
di Indonesia dan di Malaysia. Mereka juga dikenali dengan nama
Habeeb seperti di India, Sidi, Syarif, Tuanku, Engku, Wan dan
beberapa panggilan lagi. Namun begitu disebabkan beberapa faktor
ramai pula keturunan Ba ^Alawi yang telah kehilangan identiti
mereka. Kebanyakkan dari golongan ini menganggap mereka sebagai
orang tempatan dengan mengamalkan budaya tempatan dan melupakan
budaya datuk nenek mereka. Ramai pula keturunan Ba ^Alawi yang
berakar umbi di tempat-tempat yang mereka tinggal kini, sejak
datuk nenek mereka berhijrah seawal-awal abad ke-15 Masehi dahulu.
Mereka tidak lagi mengenali asal-usul mereka, dan perhubungan
mereka dengan negeri Ibunda telah begitu lama terputus.

Walaupun ramai ahli keluarga Ba ^Alawi yang telah hilang identiti,
namun ramai pula yang masih berpegang teguh dengan asal-usul
mereka dan mengambil berat tentang silsilah keluarga. Mereka juga
masih menjalin hubungan dengan saudara mara di Hadramaut. Golongan
ini terdiri daripada anak cucu mereka yang keluar merantau dalam
abad ke-18 dan ke-19. Ramai daripada mereka terutama anak cucu Ba
^Alawi yang berhijrah terkemudian dan tinggal di kawasan-kawasan
berhampiran pelabuhan. Mereka masih berpegang teguh dengan
beberapa tradisi Ba ^Alawi, dan ada yang masih fasih berbahasa
Arab. Oleh itu, sayogianya kita bertemu dengan kelompok keturunan
Ba ^Alawi yang masih berpegang dengan tradisi dan amalan datuk
nenek mereka, maka kita akan bersua dengan amalan seperti membaca
Maulid Diba^ii, Ratib Haddad, Ratib Al ^Attas dan lain-lain lagi.
Sepekara yang menggembira dan menggalakkan ialah bahawa mereka
daripada golongan ini giat menghidupkan kembali dan mengembang
tradisi ini di kalangan keturunan Ba ^Alawi yang sudah jauh
terpisah daripada kelompok asal. Ini dilakukan dengan menarik dan
menggalakkan mereka menghadiri majlis Ta^lim atau Rohah, sekaligus
mengukuhkan silaturrahim diantara mereka. Namun begitu masih ramai
lagi daripada keturunan Ba ^Alawi yang hanyut di bawa arus
kemodenan dan kejahilan, dan belum lagi terdedah kepada amalan
murni Ba ^Alawi. Mereka ini amat perlu mendapat perhatian.

Seorang ulama besar yang wafat di Jakarta, iaitu Habib Muhammad
bin Abdurrahman Bin Syahab, pemah melahirkan harapan agar
generasi-generasi yang datang kemudian dari keturunan ^Alawi akan
memegang teguh kepada agama Islam, mejaga pusaka nenek-moyang, dan
jangan sampai tenggelam kedalam peradaban Barat (15). Marilah kita
sama-sama berdo^a agar Allah s.w.t memberi taufik dan hidayah
semoga mereka yang terpisah ini akan jua balik ke pangkal jalan
mengenali diri dan asa1 usul mereka, serta menghargai warisan
mereka yang sebenarnya. Sesuai dengan hadith (16) Rasulullah s.a.w
mengenai pentingnya mempelajari tentang nasab, kita menaruh
harapan yang mereka juga akan mengambil berat tentang nasab
masing-masing.

PENERANGAN 01

1. Ahmad bin Isa bin Muharnmad An-Naqib bin Ali ^Uraidhi bin
Jaafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin
Hussain bin Ali dan Saiyidatina Fatimah Azzaharah binti Saiyidina
Muhammad saw.

PENERANGAN 02

2. Ba ^ Alawi juga dikenali dengan nama Bani Alawi.

PENERANGAN 03

3. Al-Husaisah terletak diantara Saiwon dan Tarim tetapi dewasa
ini tempat tersebut telah tertimbus dibawah timbunan padang pasir.

PENERANGAN 04

4. Ibhadiah adalah pecahan daripada golongan kaum Khawarij di
bawah pimpinan Abdullah bin Ibhad. Kumpulan ini telah beberapakali
memberontak menentang Khalifah Umayyah. Pemberontakan yang
terkenal ialah pemberontakan yang diketuai oleh Abdullah bin
Yahaya pada tahun 129 Hijrah. Kaum Ibhadiah seterusnya meluaskan
pengaruh mereka ke Oman, Yaman dan Hadhramaut.

PENERANGAN 05

5. Panggilan Salaf, pada umumnya, adalah ditujukan kepada mereka
yang hidup di dalam abad pertama hingga ke-3 Hijrah, atau lebih
tepat lagi ditujukan kepada para sahabat Nabi saw., Tabi^in dan
Tabi^it-tabiin. Walau bagaimana pun para ulama Hadhralmaut
menggunakan panggilan Salaf ke atas ulama-ulama terawal mereka
yang soleh.

PENERANGAN 06

6. Sirah As-Salaf Min Bani ^Alawiy Al-Husainiyin, dicetak oleh
Alam Ma^rifah, Jeddah 1405 Hijrah.

PENERANGAN 07

7. Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin Ali ialah personaliti Sadah yang
menumpukan khusus kepada ilmu Tasauf di dalam abad ke-13 Masehi.
Beliaulah yang bertanggung- jawab mewajibkan golongan Sadah
meninggalkan senjata dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada agama
dan akhlak. Setelah itu ciri utama yang mempengaruhi pemikiran dan
cara hidup golongan Sadah ini ialah Ilmu Tasawuf. Penulis-penulis
dari golongan Sadah banyak menumpukan karya mereka dalam bentuk
puisi. sama ada berbentuk agama mahupun sekular, dan juga kepada
sejarah keturunan (silsilah) – Wadi Hadhramaut and The Walled City
of Shibam, karya Ronald Lewcock, dan dipetik daripada cetakan
UNESCO 1986.

PENERANGAN 08

8. Dalam jangka masa inilah Ba ^Alawi menerima Mazhab Syafi^ie
sebagai anutan dan merekalah yang seterusnya bertanggung-jawab
menyebarkan ajaran Imam Syafi^ie ke negeri-negeri di pesisiran
pantai Lautan Hindi. -ibid.

PENERANGAN 09

9. Abdurrahman As-Saqqaf bin Muhammad Mawla Dawilah, yang lebih
dikenali dengan gelaran As-Saqqaf (bermakna atap) oleh kerana
keilmuan agama beliau begitu mendalam sehingga apabila
dibandingkan dengan tokoh-tokoh yang lain, ^alimnya umpama atap
dengan lantai. As-Saqqaf adalah seorang hartawan akan tetapi
kekayaan beliau tidak menghalang dirinya menjadi seorang yang
wara^. Beliau membelanjakan sebahagian besar hartanya untuk tujuan
agama. Beliau membina 10 buah masjid dan telah memperuntukkan
waqaf bagi membiayai perjalanan masjid tesebut.

PENERANGAN 10

10. Umar Al-Mahdar bin Abdurrahman As-Saqqaf, ialah seorang ulama
yang terkenal dengan sifat dermawan beliau. Rumah beliau sentiasa
dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang berkunjung untuk bertanya
mengenai hal agama ataupun hal duniawi. Beliau juga dikenali
sebagai seorang yang menanggung sara hidup beberapa keluarga yang
susah. Beliau membina tiga buah masjid.

PENERANGAN 11

11. Abdullah bin Abi Bakar As-Sakran bin Abdurrahman As-Saqqaf
masyhur dengan gelaran Al-^Aidarus. Beliau baru menjangkau usia 10
tahun apabila ayah beliau meninggal dunia. Oleh itu beliau
dipelihara oleh paman beliau iaituAl-Mahdar yang sekali gus
menjadi guru beliau. Abdullah dididik oleh paman beliau didalam
ilinu Syariat, Tasawuf dan Bahasa Arab. Semasa wafatnya Al-Mahdar
Al-^Aidarus baru berusia 25 tahun. Jemaah Ba^ Alawi sebulat suara
bersetuju untuk melantik Imam Muhammad bin Hassan Jamalullail
sebagai naqib baru menggantikan Al-Mahdar , akan tetapi Imam
Muhammad Jamalullail menolak. Sebaliknya Imam Muhammad meminta Al^
Aidarus dilantik sebagai naqib. Abdullah Al-^Aidarus adalah
seorang ulama^ berkaliber tinggi. Beliau bertanggungjawab menyebar
luas ilmu dan dakwah, tekun mengisi waktu beliau dengan ibadah.
Beliau juga menyalurkan hartanya untuk kepentingan umum. Di dalam
buku Almasyra^ Arrawiyfi Manaqib Assadah Al-kiram Bani
Alawiy,beliau disebutkan bahawa, ” dalam kedermawanannya bagaikan
seorang amir, namun dalam da1am tawaddu^ bagaikan seorang fakir “.
Beliau sangat senang menampakkan nikmat Allah ke atas dirinya
dengan mengenakan pakaian indah, kenderaan rang megah dan rumah
kediaman yang mewah.

PENERANGAN 12

12. Ali Zain Al-Abidin bin Abdullah bin Syeikh Al-^Aidarus adalah
seorang Imam yang terkenal dalam berbagai ilmu. Guru utamanya
ialah ayahnya sendiri. Beliau bertindak sebagai murid dan pelayan
ayahnya, dan tidak pernah berpisah dengan ayahnya selama ayahnya
rnasih hidup. Setelah ayahnya wafat, Zain Al-Abidin menggantikan
ayahnya sebagai naqjb. Beljau mencurahkan sepenuh tenaga dan
pemikiran untuk kepentingan umum dan Ba ^Alawi khususnya. Beliau
dihormati oleh Sultan-sultan di Yaman, dan dalam menjalankan
urusan pentadbiran, mereka merujuk kepada beliau sebelum membuat
apa-apa keputusan. Ini menyebabkan Zain Al-Abidin mempunyai ramai
musuh. Akan tetapi kebijaksanaan beliau dalam mengendalikan
musuh-musuh tersebut dapat menawan hatI mereka, yang pada akhirnya
musuh bertukar menjadi sahabat. Selain daripada mempunyai
pengetahuan dan kewibawaan yang tinggi di dalam ilmu Syari^at,
Tasawuf dan Bahasa Arab, beliau juga mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang mendalam dalam bidang pertanian yang diajarkan
kepada ramai. Diakhir hayatnya, beliau juga terkenal sebagai
seorang tabib yang berwibawa.

PENERANGAN 13

13. Dalam tahun 1930-an adalah dianggarkan bahawa
sekurang-kurangnya 13,000 orang daripada keturunan Ba ^Alawi
berada di Hyderabad, India. Ramai di antara mereka menjadi anggota
dan pegawai tentera Nizam Hyderabad (Nizam^s Arabian Regiment).
Sumber dipetik daripada buku “Hadramaut -Some of Its Mysteries
Unveiled oleh D. Van Der Meulen dan H. Von Wissmann.

PENERANGAN 14

14. Muhanunad bin Ahmad As-Syathiri, didalam buku beliau, Sirah
As-Salaf Min Bani Alawiy AI- Hussainiyin, untuk membuktikan
perkara ini, telah meriwayatkan bahawa Sultan Badr bin Thuwairiq
pernah menzahirkan hasrat baginda untuk turun daripada takhta dan
menyerahkan kuasa dan pemerintahan kepada Al-lmam Hussain bin
Syaikh Abu Bakar bin Salim (wafat lO44H/1635M). Akan tetapi Imam
Hussain secara bijaksana menolak dan meyakinkan baginda supaya
terus memerintah, serta berjanji memberi segala bantuan dan
nasihat kepada baginda.

PENERANGAN 15

15. Lihat Soal Jawab Agama Islam oleh Prof Dr. Hamka. penerbitan
Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur. 1978. m.s 58

PENERANGAN 16

16. Dari Abu Hurairah r.a .katanya bersabda Rasulullah s.a.w :
“Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin
dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali
persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga,
menambah harta, dan memanjangkan umur”. Diriwayatkan oleh Ahmad
dalam musnadnya. Tarmizi dan Al-Hakim.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=2004