Mohon Nasihat – 2008/12/14

0
62

Forum Majelis Rasulullah

AjeRi Mohon Nasihat – 2008/12/14 07:16 Assalamualaikum Ya Habib,

Habib,
Saya punya masalah. Bulan ini adalah bulan terakhir saya bkerja.
Saya sudah menghantar surat perletakan jawatan di tempat saya
bekerja (syarikat swasta) awal bulan ini. Saya berhenti kerja
kerana dinasihati oleh ibu dan ayah saya untuk membantu perniagaan
keluarga. Perniagaan keluarga ini ada kongsi dengan adik kepada
emak saya.

Malangnya, setelah beberapa minggu , perniagaan tidak begitu
bagus. Setelah diselidiki, ibu saya telah ditipu secara halus oleh
adiknya. Rupanya adik ibu saya pernah berniaga sebelum ini, dan
mengalami kerugian. Dia hendak melepaskan sharenya dengan cara
menjual share dan kedai seratus peratus kepada ibu saya. Ibu saya
tidak cukup modal untuk menjalankan perniagaan tersebut.

Pada mulanya, adik ibu saya meyakinkan ibu saya bahawa dia akan
membantu dalam perniagaan tersebut. Tapi setelah beberapa lama,
dia cuba untuk ^cuci tangan^, yakni hendak melepaskan semua
masalah kepada ibu saya. Bagaimana ini, bib?

Tambahan pula,bulan ini adalah bulan terakhir saya bekerja. Kalau
perniagaan ini tidak berjalan, apa akan jadi dengan saya?
Sepatutnya bulan Januari mendatang saya membantu perniagaan di
kedai, tetapi sebaliknya telah berlaku. Dari pertuturan ibu saya
semalam, dia seolah-olah hendak menarik diri dari perniagaan ini.

Habib, bagaimana dengan saya? Saya khuatir jika tidak bekerja.
Saya belum berkahwin, belum membuat harta untuk diri saya.
Perjalanan saya masih jauh, pekerjaan belum tetap. Kehidupan saya
belum stabil, bib.

Kdg2, ujian2 seperti ini benar2 menggugah iman saya. Solat pun
terasa tidak khusyuk, zikir dan wirid pun sudah mula terasa malas
untuk dikerjakan. Kalau dibuat pun secara pas-pasan sahaja.

Namun,saya sedang mnunggu berita baik dari tawaran kerja dari
syarikat kerajaan. Cawangan syarikat kerajaan di tempat saya ini
sedang menunggu ^lampu hijau^ dari IbuPejabat atau Pusat Operasi
di Kuala Lumpur .Saya dimaklumkan cawangan di tempat saya ini
telah menerima saya untuk bekerja, cuma sekarang perlu
^confirmation^ dari IbuPejabat Pusat. Cumanya, saya belum pasti
bila tawaran itu akan ada.

Saya gelisah,bib. saya mohon doa dan pencerahan dari habib.

Syukran Ya Habib. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih
sayangNya ke atas diri habib. Amin.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Mohon Nasihat – 2008/12/15 03:02 Alaikumsalam warahmatullah
wabarakatuh,

Anugerah dan Cahaya Rahmat Nya semoga selalu menerangi hari hari
anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
setelah saya pelajari dari risalah dan masalah anda, saran saya
anda terus bekerja, atau jika sudah ada janji untuk putus kerja
maka carilah pekerjaan, jangan andalkan perdagangan ibunda, sebab
sementara waktu ini bisa saja orang lain misalnya pembantu yg anda
bayar untuk bantu ibu,

sebab jika perdagangan ibunda bermasalah maka anda bisa membantu
memodalinya dan membantu menanggung kerugiannya, namun jika anda
tidak bekerja maka anda tidak bisa meringankan beban perdagangan
ibunda anda,

jika perdagangan ibunda sudah succes dan tidak lagi butuh bantuan
modal, maka bolihlah anda berhenti bekerja dan membantu ibunda,

usahakan membaca surat Alwaqiah setiap sore, ia mujarab untuk
keluasan rizki

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,
semoga sukses dg segala cita cita,

Wallahu a^lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=19877

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments