MAULID NABI – 2006/05/19

0
114

NURYADIN MAULID NABI – 2006/05/19 20:54 MAULID NABI

Mula-mula kita lihat apa kata Syeikh [Muhammad bin Abdullah] As
Suhaimi Rahimahullahu Taala sendiri di dalam kitab beliau yang
bertajuk Risalah Maulidin Nabi SAW di muka surat 11. Maksudnya :
“Bahawa mengambil berat akan Maulid yang mulia adalah merupakan
sebesar-besar cara menghampirkan diri kepada Allah SWT. Sebab
didalamnya (majlis Maulid ini) terdapat amalan memberi makan
(jamuan selepas Maulid), membaca al-Quran dan menyebut
qasidah-qasidah Nabawiyah dan lain-lain lagi yang kesemuanya
bukanlah haram atau makruh. Ibnu Jauzi (seorang fahaman Kaum Muda)
sendiri mengakui Maulid dengan berkata setelah mencuba sendiri
Maulid ini, adalah didapati terjadi (berlaku) keamanan yang
sempurna pada tahun itu.”
Syeikh Ibnu Hajar pula dinukilkan oleh Syeikh Muhammad Zain
(Dahlan) yakni Mufti Syafie di Mekah di dalam kitab As Siratun
Nabawiyah Wa Asrarun Muhammadiah, telah berkata :
Maulidin Nabi SAW itu asalnya adalah bersabit dengan hadis yang
ditulis di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim, ketika datang ke
Madinah Rasulullah SAW mendapati bahawa orang-orang Yahudi
berpuasa di Hari Asyura. Baginda pun bertanyakan sebabnya.
Menjawab Yahudi dengan berkata ; “Puasa kerana bersyukur
mengingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Nabi Allah Musa
AS.” Maka Rasulullah SAW pun berkata ; “Kami lebih utama berpuasa
kerana mengingati Nabi Allah Musa AS daripada kamu.” Menghuraikan
hadis ini, maka Ibnu Hajar mengatakan, bahawa kalau Nabi Musa AS
pun diutamakan mengingati dan membesarkan hari kemenangannya, maka
apalagilah dengan Nabi kita Muhammad SAW. Elok sangatlah diingati
hari Maulid baginda dengan membaca Maulid itu.
BENARKAH MEMBACA MAULID ITU BIDA^AH?

Kita lihat apa kata pengarang Maulidin Nabi SAW itu sendiri yakni
Asy Syeikh As Saiyid Jaafar Al Barzanji (Mufti Syafieah di
Madinah) di dalam kitabnya Al Kawakibul Anwar pada muka surat 3 ;
“Ketahuilah olehmu bahawa ia itu adalah bida^ah. Kerana tidak
pernah dipindahkan dari seorang daripada salafussoleh (yakni
selama tiga kurun selepas Rasulullah SAW). Tetapi adalah bida^ah
hasanah.”
Kemudian di dalam kitab As Siratun Nabawiyah Wa Asrarun
Muhammadiah yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Zain (Dahlan) iaitu
Mufti Syafie di Mekah di muka surat 51 ada dituliskan begini ;
“Berkata Imam Abu Shamah iaitu guru kepada Imam Nawawi,
“Bahawa sebaik-baik perkara yang bida^ah di zaman kita ini ialah
apa yang telah dilakukan setiap tahun pada hari kelahiran
Rasulullah SAW iaitu sedekah, membuat kebaikan dan melahirkan
(memperlihatkan) perhiasan dan kegembiraan.”
Al Imam As Sayuti Rahimahullahu Taala pula di dalam kitabnya Al
Hawi Lil Fatawa jus 1 pada muka surat 189 telah berkata ;
“Pada aku (Imam As Sayuti), mengamalkan Maulid yakni manusia
berkumpul membaca sedikit ayat-ayat al-Quran dan riwayat hidup
Rasulullah SAW dan kemudian memakan makanan dan tidak pula
menambah selainnya, maka itu adalah bida^ah yang hasanah (bagus).”
Apa pula kata Asy Syeikh Ibnu Taimiyah sendiri tentang Maulid ini?
Di dalam kitabnya pada muka surat 163, dipetik oleh Abdul Haiyi Al
Umrowi dan Abdul Karim Murad di dalam kitab mereka At Tahzii
Ruminal Ightirori Bimajaa Fikitabil Hiwar dituliskan di muka surat
62 lebih kurang begini ;
“Membesarkan Maulid dengan menjadikannya sebagai hari perayaan itu
mendapat ganjaran yang besar, kerana baik niatnya dan membesarkan
Rasulullah SAW .”
Seterusnya untuk membuktikan bahawa amalan membaca Maulid ini
sebenarnya besar erti serta faedahnya pada individu mahupun kepada
jemaah Islam, kita lihat apa kata sahabat-sahabat dan
tabi^in-tabi^in tentang amalan-amalan Maulid ini. Untuk itu kita
lihat di dalam kitab An Nikmatul Kubro ^Alal^Alami yang ditulis
oleh Al Imam ^Alim Al ^Alamah Shabuddin Ahmad ibnu Hajar Al
Haitami Asy Syafie pada muka surat 7 ;
Telah berkata Sayidina Abu Bakar As Siddiq, “Barangsiapa
membelanjakan satu dirham atas Maulidin Nabi SAW, adalah dia
sahabatku di dalam Syurga.”
Saiyidina Umar r.a. pula berkata, “Barangsiapa membesar-besarkan
Maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia menghidupkan Islam.”
Saiyidina Usman r.a. menyebut, “Barangsiapa membelanjakan satu
dirham ke atas Maulidin Nabi maka seolah-olahnya dia telah syahid
di dalam peperangan Badar dan Hunain.”
Dan Saiyidina Ali k.w. berkata pula, “Barangsiapa
membesar-besarkan Maulid Nabi SAW, adalah dia tidak akan keluar
daripada dunia ini melainkan dengan iman dan masuk ke syurga tanpa
hisab (perhitungan).
Hassan Al Basri r.a. berkata, “Jikalau adalah bagiku seumpama
gunung Uhud emas, nescaya aku akan membelanjakannya ke atas
membesarkan Maulid Nabi SAW.”
Junaid Al Baghdadi menyebut pula, “Barangsiapa hadir di dalam
majlis Maulidin Nabi SAW dan membesar-besarkan nilainya, maka
sesungguhnya ia telah berjaya dengan iman.”
Seterusnya berkata pula Ma^aruf Al Khurkhi, “Barangsiapa
mendatangkan makanan bagi tujuan membesarkan maulidin Nabi SAW dan
mengumpulkan saudara-saudara dan menghidupkan pelita dan memakai
pakaian baru dan berwangi-wangian sebagai membesarkan bagi
Maulidin Nabi SAW itu, Allah SWT membangkitkannya di hari kiamat,
di firqah yang pertama bersama Nabi-Nabi. Dan tempatnya adalah di
tempat yang tertinggi.”
Dan telah berkata Fakhruddin Ar Razi, “Barangsiapa yang membaca
Maulid Nabi SAW atas garam, biji-bijian atau sesuatu yang lain
melainkan akan zahir padanya berkat daripada benda itu.”
Selanjutnya, sesiapa yang memakan makanan tadi, maka Allah SWT
menyempurnakan dan menghilangkan kegelisahan darinya. Dan jika
dibacakan Maulidin Nabi SAW ke atas air, maka sesiapa yang minum
air tersebut telah masuk ke dalam hatinya seribu cahaya dan
rahmat, dan telah keluar daripadanya seribu kesusahan dan
penyakit. Dan tidak mati hati itu ketika hari matinya hati-hati.”
– Fakhruddin Ar Razi adalah pengarang besar Tafsir Ar Razi.
Al Imam Asy Syafie Rahimahullahu Taala menyatakan, “Barangsiapa
berkumpul kerana majlis Maulidin Nabi SAW dengan mendatangkan
makanan dan tempat serta membuat baik dan jadilah sebagai sebab
bacaan itu, Allah SWT membangkitkannya pada hari kiamat kelak
berserta para siddiqin dan syuhada, para solehin dan adalah dia di
dalam syurga An Na^im.”
As Sariyus Saqatti pula berkata, “Barangsiapa yang berkehendakkan
tempat dibacakan padanya maulidin Nabi SAW maka sesungguhnya dia
berkehendak “raudhah” (taman daripada taman-taman syurga), kerana
sesungguhnya, tidaklah dia berkehendakkan tempat itu melainkan
cintanya kepada Nabi SAW.” Rasulullah SAW ada bersabda yang
berbunyi ; “Barangsiapa mencintaiku, adalah dia bersama-samaku di
dalam syurga.”
Al Fadhil Jalaluddin Abdur Rahman Abu Bakar As Sayuti berkata
juga, “Dan telah bercahaya-cahaya kubur siapa-siapa yang membaca
Maulid Nabi SAW.” Kitab Al Wasail Fis Syarhi Syamail juga ada
menyebut, “Tidaklah satu tempat dibacakan Maulid Nabi SAW
melainkan dipenuhi oleh para malaikat di tempat itu dan
malaikat-malaikat telah berselawat atas orang-orang yang ada di
tempat tersebut. Dan Allah SWT juga telah memberikan rahmat dan
keredhaan-Nya. Dan yang memberikan cahaya itu ialah malaikat
Jibrail,Mikail, Israfil dan Izrael. Maka sesungguhnya mereka
itulah yang menselawatkan ke atas orang-orang yang membacakan
maulid Nabi SAW itu.”
Kata Imam As Sayuti lagi, “Tidak adalah daripada muslim itu
membaca Maulidin Nabi SAW itu di dalam rumahnya melainkan Allah
SWT angkat kemarau wabak, kebakaran, karam, kebinasaan,
kecelakaan, kebencian, hasad dan pendengaran yang jahat dan
pencuri daripada ahli-ahli rumah itu. Maka apabila mati, Allah SWT
memudahkan ke atasnya menjawab soalan-soalan dari Munkar dan
Nakir.
Dan adalah dia ditempatkan di dalam tempat para siddiqin dan di
sisi raja-raja yang berkuasa. Maka barangsiapa hendak membesarkan
Maulidin Nabi SAW memadai akannya dengan kadar ini. Dan
barangsiapa tidak membesarkan Maulid Nabi SAW, jikalau engkau
telah memenuhi baginya dunia ini bagi memujinya, maka hatinya
tidak digerakkan untuk mencintai Nabi SAW.”
Tidak syak lagi bahawasanya Maulid ini adalah merupakan amalan
yang mulia dan terpuji. Amalan yang bernilai di dunia dan akhirat.
Sebab itulah ia menjadi amalan pewaris-pewaris agama (yakni
ulama-ulama) yang benar-benar cintakan Allah SWT dan Rasulullah
SAW. Wallahu a?lam.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=675

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments