Homeforum.majelisrasulullah.orgKelebihan Zikir Kepada Allah

Kelebihan Zikir Kepada Allah

forum.majelisrasulullah.org 0 0 likes 261 views share

klulaku Kelebihan Zikir Kepada Allah – 2007/02/26 04:05 Kelebihan Zikir
Kepada Allah

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya
Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada
sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah
kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al
Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri
dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi
dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
Surah 7: Al A’raf, Ayat 205
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan
langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah
kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka
sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20
Ta Ha Ayat 14
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan
yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah
dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.”
Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t
berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu
terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia
mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya
dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga
akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada
mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku
akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu
sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa.
Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa,
nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha
Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang
diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi
bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir.
Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir,
mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan
melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi
ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan
langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut
beredar, para malikat naik ke langit.

Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui
pergerakan mereka : “Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab : “Kami datang dari tempat hamba-hambaMu
di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil,
bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman : “Apakah yang mereka mohonkan.?”
Para Malaikat menjawab : “Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman : “Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab : “Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman : “Bagaimanakah seandainya jika mereka dapat
melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi : “Mereka juga memohon daripada-Mu
perlindungan.”
Allah berfirman : “Mereka mohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab : “Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman : “Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab : “Belum.”
Allah berfirman : “Bagaimanakah seandainya jika mereka
dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata : “Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman : “Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah
kurniakan kepada mereka apa yang mereka
mohon dan Aku telah berikan ganjaran
pahala kepada mereka sebagaimana yang
mereka mohonkan.”
Malaikat berkata lagi : “Wahai tuhan kami, di antara mereka
terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh
dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat
untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi
setelah dia melaluinya dia terasa ingin
menyertainya lalu duduk bersama-sama
orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman : “Aku juga telah mengampuninya. Mereka
adalah kaum yang tidak dicelakakan
dengan majlis yang mereka adakan.”

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=2721

© http://carauntuk.com/kelebihan-zikir-kepada-allah

Sponsor 2

Leave a Reply