Bila Malaikat mencabut nyawa

0
85

abdurrahman Bila Malaikat mencabut nyawa – 2007/06/04 21:01 Bila Malaikat
Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga
sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.”

Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi: “Kalau orang yang nazak itu
orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat
melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan
menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat
melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini
kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada
Allah s.w.t.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka
malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh
orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah
kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja
malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah
mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai
malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah
s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah s.w.t.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia
keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju
ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga
mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di
bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang
akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar
dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu
mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu
dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan (Surah
Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan
kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan
kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya
hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda
ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan
segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau
telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad
bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada
hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita
umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan
menghadap Allah s.w.t. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini
akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang
kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan
terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran
mereka kepada Allah s.w.t.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar
dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan
amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah
s.w.t. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya
akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke
dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh
ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah
kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula. Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang
akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi
bercakap-cakap.

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t.
semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh
Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda
mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha
memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari manusia
sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha
Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan
bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah
dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa
dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t.
semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga
kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah s.w.t. serta
kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam
usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di dunia
mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah
s.w.t. dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan
manusia itu sendiri.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

albangkawy66 Re:Bila Malaikat mencabut nyawa – 2007/06/11 20:20
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah wassalaatu wassalaamu ^alaa nabiyyihii wa
rasuulihii wa habiibihii wa man waalah.

Semoga limpahan berkah dan rahmat Allah selalu dicurahkan kepada
Habiib dan seluruh keluarga.

Habiib, mohon keterangan dari Habiib, apakah huraian berkaiatan
Bila Malaikat Mencabut Nyawa ini ada dasar nas Al-qur^an dan
As-sunnahnya?

Shukran wa jazaakumullaahu khaiir ya Habiib.
Wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

albangkawy66 Re:Bila Malaikat mencabut nyawa – 2007/06/24 20:27
Asalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Alhamdulillah wassalaatu wassalaamu ^alaa rasuulillaah wa ^alaa
aalihii wan waalah.

Semoga Habiib dan seluruh anggota keluarga serta para warga MR
selalu dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Habiib mohon maaf, kami faham Habiib memang agak dan memang
selalu sibuk, banyak usaha dan aktivitas Dakwah dan tugas-tugas
lain yang harus Habiib laksanakan, termasuklah menjawab sekian
banyak persoalan dan pertanyaan para pengunjung site MR, semoga
Allah mengkurniakan kesehatan lahir batin kepada Habiib.

Habiib, tapi walaubagaimanapun bila Habiib ada kelapangan masa,
saya mohon Habiib dapat juga dapat membantu saya untuk
mengetahui jawaban dari Habiib tentang hakekat keterangang
artikel “Bila Malaikat mencabut nyawa”, adakah keterangan
saudara kita Abdurrahman ini ada dasar Qur^an dan hadith2
sahihnya.

Habiib sekali lagi mohon maaf sebesar2nya bila kami telah
menyusahkan Habiib untuk menjawab berbagai soalan yang kami
tujukan kepada Habiib.

Baarakallaahu lakum wa liahliikum ajma^iin.

Wassalamaualaikum Wr. Wb.

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

munzir Re:Bila Malaikat mencabut nyawa – 2007/06/25 04:22 Alaikumsalam
warahmatullah wabarakatuh,

Inayah dan kelembutan Nya swt semoga selalu tercurah pada hari
hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
sepanjang yg saya ketahui riwayat artikel dari saudara abdurrahman
kebanyakan bukan dari hadits shahih, namun hal itu mubah saja
karena hal diatas bukan merupakan hukum syariah.

merupakan suatu artikel yg mengajak kita mengingat kematian, juga
artikel saudara Abdurrahman banyak mencantumkan bukan hadits tapi
atsar sahabat dan ucapan ulama.

dalam membaca artikel ini dan yg serupanya, kita ditekankan untuk
mengambil hikmahnya dan garis besarnya, sebab dari dalil dalilnya
kita belum berani mempertanggungjawabkannya, maka kita megingat
kematian, merenungkan tanda tandanya dan itu saja, namun untuk
menjadikannya rujukan / pegangan dalil maka perlu tashih dalam
setiap poin poinnya.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu,

Wallahu a lam

Forum silahturahmi jama^ah Majelis Rasulullah, klik disini http://
groups.yahoo.com/group/majelisrasulullah

Peduli Perjuangan Majelis Rasulullah saw
No rekening Majelis Rasulullah saw:
Bank Syariah Mandiri
Atas nama : MUNZIR ALMUSAWA
No rek : 061-7121-494

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

albangkawy66 Re:Bila Malaikat mencabut nyawa – 2007/06/26 00:12
Assalamualaikum Warahmatullah Wabaraktuh.

Alhamdulillah, sallallaahu ^alaihi wa ^alaa aalihii wasahbihii
ajmaiin.

Habiibb, syukran wa jazaakumullah khaiiir. wa baarakallaahu
lakum wa baaroka
^alaikum wa ahliikum ajma-iin)

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=4538

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments