Homeforum.majelisrasulullah.orgALWI YANG PERTAMA –

ALWI YANG PERTAMA –

forum.majelisrasulullah.org 0 0 likes 30 views share

Ipoenk ALWI YANG PERTAMA – 2007/10/16 09:02 Nama “^Alwi” atau “^Alawi”
amat masyhur di kalangan para habaib terutama yang berketurunan
Imam al-Muhajir r.a. Tersebut dalam “Syarhul ^Ayniyyah” karya
as-Sayyid asy-Syarif al-^Aliy al-Muniif al-^Allaamah al-Habib
Ahmad bin Zain al-Habsyi Ba ^Alawi yang mensyarahkan qasidah guru
beliau Imam al-Haddad dinyatakan bahawa keturunan Rasulullah
s.a.w. yang pertama diberi nama ^Alwi @ ^Alawi adalah cucu Imam
Ahmad al-Muhajir yang pertama dilahirkan di Hadhramaut iaitu
al-Imam as-Sayyid ^Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir.
Daripada beliau inilah turun segala zuriat para habaib ^Alawiyyin
@ Bani ^Alawi yang masyhur zaman berzaman. Maka kepada beliau
inilah keluarga Junjungan Nabi s.a.w. keturunan Imam Husain r.a.
dari jalur Imam ^Ali al-^Uraidhi dinisbahkan sebagai Aali Ba
^Alawi (keluarga Ba ^Alawi) atau ^Alawiyyin. Keturunan mulia yang
amat berjasa dalam dakwah dan penyebaran Islam. Rumpun bangsa
Melayu di Nusantara amat bertuah kerana Allah s.w.t. telah
menjadikan Islamnya leluhur kita atas tangan para habaib yang
mulia ini.

Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal sebagai
Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang
dihadiri oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang
membahaskan antara lain mengenai kemasukan Islam ke Indonesia.
Antara kesimpulan yang diperolehi hasil musyawarah tersebut
dinyatakan sebagai berikut:-

Kami atas nama Majlis Musyawarah menyampaikan bahwa Majlis
Musyawarah dalam pertemuannya yang ketiga pada 8 Dzulhijjah 1382H
bertepatan dengan 20 April 1962 yang dihadiri sekitar 165 ulama,
setelah mendengarkan, membahas dan mencari bukti-bukti tentang hal
tersebut di atas memutuskan bahwa yang pertama memasukkan Islam ke
Indonesia adalah para Syarif ^Alawiyyin dari Hadhramaut yang
bermadzhab Syafi`i.

Selain mensifatkan Imam ^Alwi bin ^Ubaidillah dengan ilmu, warak,
tawadhu, dermawan, tinggi budi pekerti dan berbagai sifat
kepujian, penting juga untuk kita beri perhatian bahawa Habib
Ahmad bin Zain al-Habsyi dalam kitabnya tersebut dengan tegas
menyatakan yang Imam ^Awli bin ^Ubaidillah adalah seorang SUNNI
SYAFI`I (SUNNIYYAN SYAAFI`IYYAN). Maka kenapa sekarang ada yang
mengaku keturunan beliau tetapi menyalahi i^tiqad pegangan beliau,
bahkan cuba metasywisykan umat dengan menimbulkan isu “mazhab
Ahlil Bait” yang digambarkan sebagai berseberangan dengan Ahlus
Sunnah wal Jama`ah. Oleh itu, sempena bulan yang mubarak ini, aku
mengingatkan diriku yang faqir lagi haqir ini agar tetap istiqamah
atas jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang melazimi salah
satu mazhab dari mazhab empat yang muktabar. Pegangan i^tiqad yang
jazam lagi muwafaqah dengan yang sebenarnya iaitu Ahlus Sunnah wal
Jama`ah, adalah maha penting kerana atas dasar inilah amalan yang
makbul dibina. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan kita atas
pegangan para salafus sholeh terdahulu yang disampaikan kepada
kita melalui wasitah para ulama khalaf yang merupakan murid,
pengikut dan khalifahnya para salaf terdahulu. Sungguh mata rantai
para ulama Islam tidak pernah terputus, berbeda dengan agama-agama
samawi selainnya. Binasalah orang yang cuba membeza-bezakan antara
para ulama salaf dan ulama khalaf sehingga menimbulkan waham
seolah-olah kedua-dua pihak itu saling bertentangan. Sungguh tiada
pada khalaf melainkan ajaran salaf.

Sumber : www.bahrusshofa.blogspot.com

↓ =ARSIP-nickname=topick=date→importby:carauntuk.com→for-educational-purpose= ↓

sumber
http://arsip.majelisrasulullah.org/index.php?option=com_simpleboard&Itemid=34&func=view&id=8643

© http://carauntuk.com/alwi-yang-pertama

Sponsor 2

Leave a Reply